Thursday, August 5, 2010

Kebahagiaan yang aku temui..

Posted by Pencari kehidupan hakiki at 4:54 AM 0 comments
Assalamualaikum..
kalimah suci menjadi pemulaan perbicaraan hatiku ini..

Hari ini aku temui sebuah kebahagiaan yang bagiku amat bermakna..
Aku tahu ianya amat sukar untuk aku gapai..Namun jika Dia izinkan untuk ku gapai,
akanku cuba menggapainya walupun ianya sukar untuk dimiliki..
kegembiraanku jelas terpancar tanpa aku ragui..namun kerana Takdir yang
telah Engkau tetapkan..aku pasrah..
aku akan sentiasa menerima setiap yang engkau berikan padaku...
doaku cuma satu..
andai ianya miliku..dekatkanlah aku dengannya..
namun jika dia bukan milikku..pisahkanlah aku dari kekecewaan..
Amin..

Tuesday, August 3, 2010

sambungan FRIENDSHIP DAY

Posted by Pencari kehidupan hakiki at 7:10 AM 0 comments
sambungan..
JAWAPAN KEPADA HARI KEKASIH...
bagiku..jawapanku tetap satu..
di mana..tidak perlu satu hari sahaja untuk kita meluahkan perasaan..
andai perasaan kasih sayang itu wujud dalam diri kita..
kita boleh meluahkannya melalui pelbagai cara..
kasih sayang bukan hanya pada kekasih..
kasih sayang sepatutnya pada setiap yang ada di muka bumi ini..
Kasih sayang yang Agong melalui cinta kita pada Kekasih yang satu
iaitu Allah s.w.t..kasih sayang kepada nabi dan para sahabat..itulah yang sebaiknya..
cinta dan kasih sayang kepada keluarga, adik beradik, rakan taulan,
masyarakat perlu sebenarkan..xperlu hanya satu hari sahaja
tpi kasih sayang tersebut boleh diluahkan dan dibicarakan setiap hari
tanpa ada batasannya..kasih sayang yang berlandaskan iman, takwa dan keikhlasan
 membawa kita kesuatu jalan yang diredhai..
insya Allah kasih sayang yang kita bina itu mendapat keberkatannya..
cinta dan kasih sayang tersebut perlu dihahirkan bukan hanya melalui dengan kata-kata...
melalui perbuatan, doa, istiqamah jua dipanggil kasih sayang..

Pesananku buat orang-orang yang ku sayangi, sahabat-sahabatku..


Kasih sayangku hanya untuk kalian...ketahuilh bahawa setiap hari-hariku penuh dengan kasih sayang...
semoga kasih sayang yang kita bina ini menjadi titik permulaan dalam menuju kebahagiaan Ilahi dan abadi yang bersulamkan keimanan dan ketakwaan..
insya Allah..amin




Monday, August 2, 2010

Friendship Day..

Posted by Pencari kehidupan hakiki at 10:53 AM 0 comments
Setiap tahun, saban hari,,orng sibuk memperkatakan tentang friendship day...
kenapa mesti 1.8 sahaja friendship day??
mengapa tidak hari-hari friendship day??
perlu ke sehari sahaja Friendship day??
seperti hari kekasih..perlu ke hanya sehari untuk berkasih sayang?
mengapa tidak setiap hari kita meluahkan perasaan kasih sayang tersebut..
Kasih sayang nie hanya untuk siapa??
Pakwe? Makwe sahaja ke??
banyak persoalan yang semakin hari mengisi ruangan mindaku..
bagiku persoalan ini perlu dijawab dengan hati
bukan dengan jawapan nafsu semata-mata..

Jawapan hari FRIENDSHIP DAY..
xsemestinya hanya 1.8 saban tahun kita menyambut hari tersebut..
xperlu tunggu tanggal 1.8 untuk mengucapkan kasih sayang kita kepada sahabat..
xperlu tunggu 1.8 untuk meminta maaf andai melakukan kesilapan dalam bersahabat..
kerana bagiku..
hari-hari kita penuh dengan nilai persahabatan
cuma kita sahaja yang perlu memilihnya sama ada perlu atau tidak kita melakukannya
sudah aku katakan bahawa,,nilai persabatan tidak boleh diukur dengan wang ringgit
cuma boleh diukur dengan keikhlasan hati sahajam,,
kepada sahabat-sahabatku..
aku mohon kalian maafkan daku andai diku yg lemah dan kerdil banyak melakukan khilaf.
aku tahu,,kadang kala lidahku banyak menyakitkanmu..
lidahku cukup berbisa dalam percakapan..
tingkah lakuku cukup membuat kalian tersinggung,,,
maafkan diriku ini..
aku tidak dapat berdiri teguh dalam mencari ilmu tanpa kalian..
semoga persahabatan kita sentiasa dalam lindungan dan panyungan Illahi..
Amin...


to be countined..

Sejarah 1.8.2010...

Posted by Pencari kehidupan hakiki at 10:38 AM 0 comments
Assalamualaikum...
Kepada pembaca blogku yg setia..wah..(ada ke org bace) hehehe..
Pejam celik pejam celik kejap je dah masuk bulan 8..
dan dah nak abis bulan Sa'aban..bulan yang mulia..
Habisnya bulan Sa'aban, datanglah bulan Ramadhan..Ahlan wasahlan Ya Ramadhan..
Minggu depan dah masuk bulan puasa...
Kedatangan bulan yang amat suci..
Bulan yang penuh dengan keberkatan..
Selalunya kita membuat persiapan untuk bulan syawal..
so, bulan ramadhan kali ini anda buat persiapan tak??
Bulan puasa kali ini..aku cukup bersedia
dan bagiku bulan puasa kali ini cukup bermakna..
kerana Allah sudah memakbulkan doaku saban hari..
Benar Allah akan menunaikan janjinya kepada umatnya
cuma yang membezakannya cepat atau lambat..
Aku pasrah dengan setiap ujian yang Penciptaku berikan padaku..
bagiku ianya jalan untuk aku lebih bertakwa
mungkin sebelum ini..aku lalai dalam mencari redhanya..
insya Allah..azamku Ramadhan kali ini
aku ingin mencari dan mencapai redha Illahi yang paling Maksimum..
Insya Allah..
Barakallahufih..



Sunday, August 1, 2010

Tanggal 1/8/2010 (episod 2)

Posted by Pencari kehidupan hakiki at 11:22 PM 0 comments
perkara KEDUA yang aku temui ialah nilai pengorbanan dalam perhubungan..
ada diantara kita tidak mengerti apa sebenarnya nilai pengorbanan tersebut..
aku temuinya dalam seorang insan yang bagiku cukup teristimewa..
walaupun aku xmampu ucapkan dengan kata-kata..
ketahuilah wahai Insan tersebut..
kamu cukup bermakna buatku...
akan ku abadikan tarikh ini dalam memori idupku,,
aku tidak akan pernah cuba untuk sekalipun mengaburkannya..
aku harap dikau jua begitu..
bagiku ianya sgt bermakna..
ketahuilah wahai insan tersebut..
bahawa aku takut untuk kehilanganmu...
sabarlah wahai sayang..
doalah akan kita sentiasa dalam lindungan dan payungan Allah..
doalah sayang akan Allah sentiasa memberkati hubungan ini..
Terima kasih sayang kerana bagiku..
aku xmampu menilai segala pengorbanan dan kasih sayang yang dikau berikan padaku..
tegurlah aku andai aku melakukan khilaf..
andai aku membuat hatimu terguris..
maafkanlah daku..
janganlah engakau pergi begitu jauh dariku,..
kerana aku kini tiada keyakinan tanpamu di sisi..
aku akan terus bersamamu andai Allah mengizinkan kita bersama...
doalah sayang..
Amin..

Tanggal 1/8/2010 (episod 1)

Posted by Pencari kehidupan hakiki at 10:53 PM 0 comments
Tarikh ini memberi makna dalam hidupku..

walaupun mungkin bagi orang lain ianya adalah benda biasa..
tpi tidak bagiku..
tarikh ini aku memiliki 2 benda yg bermakna buatku..
PERTAMA..Persahabatan..
pada hari ini..aku mengerti apakah sebenarnya nilai persahabatan yang sempurna..
aku dapat melihat dari kaca mata seorg sahabat..
walaupun aku baru mengenalinya..
tpi aku tahu..erti sahabat sebenar..
mungkin kalian yang membacanya tidak memahami
ape sebenarnya yang ingin aku sampaikan..
tapi ketahuilah kalian bahawa.. 
"Sahabat yang sejati disulami dengan iman, takwa n keikhlasan dalam bersahabat..
sahabat sejati xkenal masa usia persahabatan..
sahabat sejati akan sentiasa menghulurkan bantuan dan pertolongan apabila melihat sahabatnya dalam kesusahan..
sahabat sejati sentiasa melindungi sahabatnya..
sahabat sejati jualah akan sentiasa berada bersama kita walau susah dan senang sekalipun,..
andai kamu tidak memilikinya..cubalah mencarinya 
carilah dalam keimanan dan kesabaran
insya Allah akan kamu temui..
Nilai persahabatan itu tidak mampu diukur dengan wang ringgit..
nilai tersebut hanya terukur dengan terpancarnya keikhlasan dalam bersahabt..
insya Allah..
hargailah sahabat anda bila mana andai menemuinya...



Episod 3

Posted by Pencari kehidupan hakiki at 10:44 PM 0 comments
sambungan episod 2...hehhe..


Ya benar..aku xbetah menghampirinya tanpa bimbingan dan tunjuk ajar darinya..
Melalui tunjuk ajar darinya..
aku mula mengenal apa erti kehidupan..
kadang kala..apabila aku tersilap langkah..
dia membetulkan kedudukan langkahku tanpa membiarkan aku bersendirian..
aku terasa amat memperlukannya pada ketika itu..
kini..aku semakin memilikinya..
semoga pencarianku dalam Redha Allah...
aku akan terus mencari dan membinanya dlm redha Allah
supaya akan mendapat cinta Abadi..
Insya Allah..


Renungan bersama:

Jangan mudah putus asa..kerana putus asa membawa kegagalan..
orang yang gagal akan cepat putus asa..
tpi org yang berjaya akan terus mencuba walaupun menemui kegagalan..


TAMAT..


Pendaklianku di teruskan.........(episod 2)

Posted by Pencari kehidupan hakiki at 8:16 PM 0 comments
sambungan... episod 1..hehe
Aku bersyukur dengan Kurniaan yang Allah berikan padaku..
Setiap hari aku berdoa 
agar Allah temuakan daku dengan seseorg yg dapat membimbingku kelak...
Setelah pertama kali ku gagal..
Aku teruskn jua pencarianku..
walupun pelbagai halangan aku temui..
pelbgai cabaran harus aku lalui..
pelbagai cubaan godaan dunia aku lalui..
aku teruskan jua
walupun kadang-kadang aku putus asa..
kadang-kadang aku tersadung dan terjatuh...
namun aku bangkit semula dari kegagalan itu
Matlmatku satu..
Hanya untuk masa depanku agar aku tidak terus hanyut
dengan cubaan duniawi..
yang xmungkin dapat aku atasi
 sekiranya tiada bimbingan dari insan tersebut..
melalui nasihatnya..
aku cuba untuk mengenali dunia ini...
hari demi hari..
aku semakin akrab, aku semakin memahaminya..
aku kagum dengan kesabaran dan ketabahannya..
aku semakin menghampirinya..
namun aku xbetah mendakinya tanpa tunjuk ajarnya...







Pertama kali pertemuanku.........(episod 1)

Posted by Pencari kehidupan hakiki at 7:59 PM 0 comments
Assalamualaikum..aku mulakan luahan rasaku dengan kalimah yang agung...
Setelah sekian lama aku mencarinya..akhirnya pencarianku berhasil..
Benar kata-kata dalam buku "JANGAN BERSEDIH-siri 2"..di mana
dalam salah satu topik tentang "jangan bersedih sebab segalanya akan berakhir"
Buku ini aku telah lama membelinya hasil hadiah dari org yang amat bermakna dalam hidupku...
Kehadirannya amat aku nantikan..
Permulaan perkenalan kami bermula 2 tahun yang lalu,
 aku mengenalinya sebagai seorang sahabat..
Pada awal pandanganku..dia seorang yang pendiam..
Namun aku tahu..
sebenarya dia mempunyai 1001 rahsia 
yang xmungkin akan siapa mengetahui tanpa mengenalinya...
Aku cuba untuk mengenalinya sebagai sahabat baru..
Aku cuba menerimanya sebagai sahabatku yang baru..
Benar kata orang...
"Tak kenal maka xcinta"
Hari demi hari aku cuba mengenalinya..
Sebagai sahabat, teman, rakan..
Dialah tempat aku meluahkan rasa..
Perasaan marah, sedih, gembira, sakit hati..dan seumpamanya..
Walaupun aku marah padanya..dia tetap mendiamkan diri..
Aku tahu, mungkin perasaan marahnya ada padaku..
Tapi dia tetap bersabar..
Dia banyak mengingatkanku tentang kesabaran..
Aku tahu persahabatan kami terlalu muda..
Tapi aku bersyukur...

to be continued...

 

PERSIngGaHan TeraTAkKu.. Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez