Wednesday, April 7, 2010

motivasi diri

Posted by Pencari kehidupan hakiki at 5:02 AM 0 comments
Cabar Diri Untuk Berjaya
Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D 
Kejayaan bukanlah suatu misteri yang tidak terungkap. Malah sekiranya seseorang itu telah melakukan sesuatu perkara maka orang lain pasti mampu melakukannya juga. Kita mungkin tidak bercita-cita terlalu tinggi seperti Datuk Azhar Mansor yang berlayar di lautan luas seorang diri; atau seperti Datuk Abdul Malek yang berenang merentasi Selat Inggeris; atau seperti Shalin Zulkifli yang menjadi ratu bowling negara; atau seperti Yap Sui Lin yang mendapat 16A dalam SPMnya.

Tetapi janganlah pula sekadar selesa dengan pencapaian yang biasa hingga tiada apa yang boleh dibanggakan oleh kita atau yang boleh diceritakan kepada anak cucu kita nanti. Sekurang-kurangnya, kalau kita sebagai pekerja maka berusahalah untuk menjadi pekerja yang cemerlang hingga menerima anugerah dari majikan. Kalau kita seorang usahawan binalah empayar perniagaan kita yang mampu diwarisi oleh anak cucu. Kalau kita sebagai seorang pelajar belajarlah dan berusahalah hingga sampai ke peringkat yang tertinggi.

Kejayaan bolehlah ditakrifkan sebagai pencapaian seseorang menepati matlamat atau sasaran yang telah ditetapkan olehnya. Oleh itu kejayaan adalah suatu bentuk yang subjektif dan relatif dengan individu itu sendiri. Bagi seseorang usahawan, memperolehi pendapatan RM10,000 sebulan itu adalah menepati sasaran awalnya dan baginya ia adalah satu kejayaan. Tetapi RM10,000 ini mungkin suatu kegagalan bagi usahawan yang pada kebiasaannya mampu menjana pendapatan RM50,000 sebulan. Apabila kita tiba ke matlamat yang telah ditetapkan kita mula rasa selesa. Setelah beberapa ketika kita rasa tiada apa lagi yang mencabar di tahap tersebut. Kalau kita terus berada dalam zon selesa itu maka lambat laun kita akan gagal kerana orang lain sudah semakin maju. Oleh itu perlu bagi kita setelah mencapai satu sasaran, kemudiannya mencabar diri untuk maju ketahap yang seterusnya pula. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk cabar diri bagi terus maju 

dalam kehidupan.





1. Letakkan Sasaran Yang Tinggi

Apabila satu matlamat dicapai maka teruslah menetapkan matlamat baru yang lebih tinggi lagi. Misalnya, dulunya sebagai seorang pelajar kita sering dapat nombor yang tercorot dalam kelas maka letaklah matlamat untuk meletakkan nama kita dalam 10 pelajar terbaik. Cabar diri untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai sasaran itu. Kalau satu hari kita berjaya merealisasikannya, maka mula letakkan sasaran baru untuk jadi pelajar nombor 1 pula. Kalau kita seorang usahawan maka letakkan sasaran untuk mengembangkan perniagaan kita ke seluruh pelusuk negeri bukan sekadar berniaga setempat sahaja. Kalau sasaran itu dicapai, cabar diri dengan sasaran baru untuk mengembangkan perniagaan ke seluruh negara dan tidak mustahil selepas itu sampai ke peringkat antarabangsa pula. Sasaran yang tinggi ini sentiasa membuatkan kita memandang ke depan. Hasilnya, tanpa kita sedari kita semakin hari semakin maju dalam bidang yang kita ceburi tersebut.



teruskan membaca: 
sila KLIK DI SINI LINK 3





Friday, April 2, 2010

hakikat seorang pelajar

Posted by Pencari kehidupan hakiki at 10:36 PM 0 comments
assalamualaikum...
hari ini aku nk tulis sejarah dan hakikat kita selalu seorang pelajar..
untuk menjadi seorang pelajar ini memerlukan pengorbanan yang kuat...
dari segi fizikl, minda, emosi dan sebagainya..
namun hakikat seorang pelajar ini lebih mudah berbanding dengan hakikat seseorang pekerja..
walupun kedengaran sesetengah umat beremosi..
mereka menyatakan bahawa, menjadi seorang pelajar ini lebih rumit..
namun sebenarnya..bukan begitu...
sekiranya kita ingin menuntut ilmu, insya Allah..
segala urusan kita akan lebih mudah..
menjadi seorang pelajar ini sebenarnya mudah, gampang bak kata jiran kita.....hehehe
orang yang beraa mudah dalam setiap urusannya dan tidak cepat mengeluh, insya Allah, akan dibantu dengan mudah..jazakallahuhairan kasira..
 

PERSIngGaHan TeraTAkKu.. Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez