Sunday, August 1, 2010

Pendaklianku di teruskan.........(episod 2)

Posted by Pencari kehidupan hakiki at 8:16 PM 0 comments
sambungan... episod 1..hehe
Aku bersyukur dengan Kurniaan yang Allah berikan padaku..
Setiap hari aku berdoa 
agar Allah temuakan daku dengan seseorg yg dapat membimbingku kelak...
Setelah pertama kali ku gagal..
Aku teruskn jua pencarianku..
walupun pelbagai halangan aku temui..
pelbgai cabaran harus aku lalui..
pelbagai cubaan godaan dunia aku lalui..
aku teruskan jua
walupun kadang-kadang aku putus asa..
kadang-kadang aku tersadung dan terjatuh...
namun aku bangkit semula dari kegagalan itu
Matlmatku satu..
Hanya untuk masa depanku agar aku tidak terus hanyut
dengan cubaan duniawi..
yang xmungkin dapat aku atasi
 sekiranya tiada bimbingan dari insan tersebut..
melalui nasihatnya..
aku cuba untuk mengenali dunia ini...
hari demi hari..
aku semakin akrab, aku semakin memahaminya..
aku kagum dengan kesabaran dan ketabahannya..
aku semakin menghampirinya..
namun aku xbetah mendakinya tanpa tunjuk ajarnya...







Pertama kali pertemuanku.........(episod 1)

Posted by Pencari kehidupan hakiki at 7:59 PM 0 comments
Assalamualaikum..aku mulakan luahan rasaku dengan kalimah yang agung...
Setelah sekian lama aku mencarinya..akhirnya pencarianku berhasil..
Benar kata-kata dalam buku "JANGAN BERSEDIH-siri 2"..di mana
dalam salah satu topik tentang "jangan bersedih sebab segalanya akan berakhir"
Buku ini aku telah lama membelinya hasil hadiah dari org yang amat bermakna dalam hidupku...
Kehadirannya amat aku nantikan..
Permulaan perkenalan kami bermula 2 tahun yang lalu,
 aku mengenalinya sebagai seorang sahabat..
Pada awal pandanganku..dia seorang yang pendiam..
Namun aku tahu..
sebenarya dia mempunyai 1001 rahsia 
yang xmungkin akan siapa mengetahui tanpa mengenalinya...
Aku cuba untuk mengenalinya sebagai sahabat baru..
Aku cuba menerimanya sebagai sahabatku yang baru..
Benar kata orang...
"Tak kenal maka xcinta"
Hari demi hari aku cuba mengenalinya..
Sebagai sahabat, teman, rakan..
Dialah tempat aku meluahkan rasa..
Perasaan marah, sedih, gembira, sakit hati..dan seumpamanya..
Walaupun aku marah padanya..dia tetap mendiamkan diri..
Aku tahu, mungkin perasaan marahnya ada padaku..
Tapi dia tetap bersabar..
Dia banyak mengingatkanku tentang kesabaran..
Aku tahu persahabatan kami terlalu muda..
Tapi aku bersyukur...

to be continued...

Friday, July 30, 2010

Renungan bersama..

Posted by Pencari kehidupan hakiki at 8:24 AM 0 comments

  • kepentingan menjaga akhlak..firman Allah bermaksud: “Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu daripada (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) seperti Allah telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan." (Surah al-Qasas, ayat 77) dan dripada sabda nabi: s.a.w“ Sesungguhnya orang yang paling aku cintai dan paling dekat tempat duduknya dari pada hari kiamat adalah orang yang paling baik akhlaknya.” ( HR. At-Tirmidzi )


  • 10:03 PM
    Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:“Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan kepada Allah, maka sesungguhnya telah diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. (Riwayat Bukhari dan Muslim)...Imam Al Ghazali berkata, "Betapa banyak orang berpuasa yang sebenarnya berbuka, dan yang berbuka padahal berpuasa.” Yang berbuka tetapi sebenarnya berpuasa adalah yang makan dan minum, tetapi menjaga seluruh anggota tubuhnya dari perbuatan dosa. Dan yang berpuasa tetapi sebenarnya berbuka adalah yang lapar dan haus, tetapi tercemar anggota tubuhnya dengan perbuatan dosa. 

  • Thursday, July 29, 2010

    KHAS BUAT TEMAN YANG TERISTIMEWA...

    Posted by Pencari kehidupan hakiki at 3:12 AM 0 comments
    Lama aku xberkuncung dalam blog ini...hari ini tetiba ada mood nk tulis..hehehe...
    kali ini aku dedikasikan khas buat sahabat-sahabatku..tanpa kalian, aku xdpt berdiri seperti ini...
    terima kasih sahabatku..


    Teman....
    kita bertamu tanpa dipinta..
    kita berhubung tanpa wajah...
    hanya bait-bait kata menjadi pengubat segala rasa..
    lalu terjalinlah hubungan sahabat...
    senyuman menghiasi pertemuan..
    gelak tawa menghiasi perbualan..
    hari demi hari..
    kita semakin saling mengenali
    Kenal hati budi
    Jujur atau sebaliknya..

    Teman...
    Semulia mana mungkin akan tinggal kenangan..
    Tak semua merestuinya walau sahabat
    Dek kerana jarak mengundang pembelitan...
    sehari berlalu tanpa bingkisan darimu aku jadi rindu
    bagai bertahun lamanya
    sengsara menanti..tuhan saja yang tahu
    akanku sanjung budimu...
    akan ku sandang keikhlasanmu..
    ku tahu akan terlerai jua ikatan ini
    kerana suasana kembali menuntut..

    Teman...
    Mahu ku nafikan
    Tiada lagi yang hendak diselindung
    semakin ku pendamkan terasa semakin menyesakkan..
    tiada niatku untuk menggincang istana kasih
    sekadar untuk persinggahan salam
    hati gelisah dek menanti masa perpisahan...

    Teman...
    terima kasih atas masa luangmu
    membina semangat, menghulur nasihat..
    dalam kehidupan dan kejayaan
    Halalkan makan minumku teman...

    usah di sedih perpisahan nanti
    tak mungkin luput nostalgia ini
    zaman indah waktu bersamamu
    andai terpisah dek kerana kehidupan yang penuh berliku..
    ada pertemuan yang takkan putus di tengah jalam
    namun itu semua cuma sebuah harapan

    Teman...
    Hargailah semasa ia bersama kita
    tidak kesal jika kehilangannya
    yang tinggal hanyalah 
    MEMORI INDAH...

    Friday, May 14, 2010

    i LOVE U..sy CINTAKAN awk..

    Posted by Pencari kehidupan hakiki at 8:47 AM 0 comments
    I love you... .Memang senang nak ungkapkan kata cinta tanpa ada apa-apa perasaan pada si dia... pada saat kata cinta itu dilafazkan,kita rasa seperti dunia ni kita yang punya... bukan AHMAD ALBAB yang punya... hihi..tapi bukankah kita sepatutnya jangan terlalu teruja dengan semua yang berlaku... mungkin si dia hanya ingin bermain kata... tanpa kita sedar si dia telah menodai cinta kita... tidak adil rasanya kaum hawa diperlakukan sebegitu rupa hanya kerana kami lemah dan cepat tersentuh hatinya... kenapa

    Kenapa kita sering berjumpa orang yang salah sebelum yang sebetul-betulnya milik kita? kita juga sering diuji supaya lebih dewasa untuk menilai cinta itu jujur atau boneka? kadang kala kita rasa cinta hanya membuang masa kerana dek sikap kaum adam yang cuma berpura-pura... kenapa harus ada si dia di sisi kita? kenapa kita rasa sunyi bila dia tidak menghubungi kita? kenapa dialah orang yang kita tertunggu-tunggu setiap masa untuk berjumpa? pepatah "cinta itu buta" adalah contoh mengatakan manusia itu sememangnya buta bila dikaitkan dengan cinta kerana bila cinta itu wujud di dalam dada,mereka tidak dapat bezakan keadaan yang nyata atau maya,busuk atau wangi,baik atau buruk dan sebagainya..

    Bilamana cinta antara dua jiwa bercantum menjadi satu,semuanya akan dilihat indah belaka..cinta dapat mengurangkan ketakutan dalam hati..cinta dapat melahirkan rasa kesedaran dalam hati... ..cinta membuatkan kita rasa sihat bilamana mendengar suaranya...

    Tapi sedarlah... cinta kadang kala melalaikan kita... cinta juga boleh membuatkan kita kecewa... cinta sememangnya manis tapi ada pahitnya... tetapi janganlah bersedih ketika kehilangan cinta... mungkin pemergiannya ada alasan disebaliknya... yakinlah bahawa YANG ESA akan menemukan kita dengan si dia yang ditentukan untuk kita...
     

    PERSIngGaHan TeraTAkKu.. Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez