Tuesday, February 23, 2010

coretan hati....

Posted by Pencari kehidupan hakiki at 9:53 AM
hari ini aku terasa sangat sayu...
mungkin memikirkan kisah cinta aku
yang tidak tahu bila akan berakhir dengan kebahgiaan..
aku mengenali dirinya selepas aku berputus asa.
tapi aku memendamkan rasa hati aku terhadapnya,
kami bermula sebagai rakan dan sahabat..
segala masalahnya dia selalu akan bercerita dengan aku,


aku mendengarnya dengan sabar...
satu hari dia memberi tahu aku..
dia mempunyai perasaan dengan seorang perempuan ini...
aku akui pilihannya sangat menarik,
bak kata orang sedap mata dipandang..
dia menceritakan kepadaku segala-galanya tentang wanita idamannya..
aku menelannya dengan pahit
kerana aku mempunyai rasa hati terhadapnya..
aku sedar akan kelemahan diriku ini..

aku akui.akan 1 masa nanti aku akan tunjukkan pada dunia siapa aku...
semakin hari aku semakin cuba untuk menjauhkan diri darinya
tujuanku cuma satu,
aku xingin dikatakan perampas hak orang...,
cukuplah hanya satu ketika dahulu aku digelar sebegitu,
aku xrela ungkapan tersebut kembali ke ruang telinga dan sanubariku..
aku sentiasa menjadi pemendam rasa..
dgn rakan, ibu bapa mahupun org yang amat aku sayangi..


bagiku biarlah orang-orang disekeliling hanya melihat kegembiraan aku sahaja.
biarlah aku menanggung hakikatnya..
akanku cuba memuhasab diriku...
untuk aku mencari erti cinta sebenar dan hakiki...amin

0 comments:

Post a Comment

 

PERSIngGaHan TeraTAkKu.. Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez